Tuesday, January 10, 2012

Karangan Hobi saya -UPsr

HOBI SAYA…….KAYUH BASIKAL MASA KECIL-KECIL DULU


Setiap manusia mempunyai perkara yang akan dilakukan pada masa
lapang.Pada diri saya yang periang,saya lebih suka membuat perkara yang boleh membuat saya tersenyum dan berpuas
hati.jika ada masa yang terluang saya gemar berbasikal untuk bersiar-siar
.Kebiasaanya, saya berbasikal keliling
taman berhampiran dengan kawasan rumah
saya.

Selepas
mengulangkaji pelajaran pada waktu
petang, saya akan mengambil basikal kesayangan saya dan megayuhnya keliling
taman.semasa mengayuh,saya akan bertemu ramai orang dan saya akan melihat
pelbagai telatah manusia di sekeliling saya.pada saya,setiap manusia
mempunyai hobi yang tersendiri dan
pemikiran yang berbeza.

Perkara ini telah membuat saya
berfikiran lebih terbuka.Setiap kali saya keluar bersiar-siar,saya akan belajar
perkara yang baru.kata orang jauh berjalan luas pemandangan,yang mana bemaksud
semakin jauh kita meneroka,semakin banyak yang akan kita pelajari.

Selain itu,mngayuh basikal juga dapat
membuatkan tubuh kita sihat.Ini kerana,apabila kita mengayuh basikal tubuh kita
akan mengeluarkan peluh.Apabila badan mengeluarkan peluh,tubuh kita akan
menjadi sihat.Pepatah arab ada berkata,”Pemikiran yang cerdas ada pada badan
yang sihat”.

Sehubung dengan itu,saya juga tidak
membuang masa begitu saja dengan membuat perkara yang tidak berfaedah.yang mana
akan membuang masa saya begitu saja.pepatah ada mengatakan,masa itu emas.Jadi
saya tidak menghabiskan masa lapang saya
dengan mengayuh saja,malah saya juga akan bersama keluarga dirumah.
Kesimpulannya,mengisi masa terluang dengan
perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia adalah membazirkan masa dan yang mana
akan merugikan kita.Ini kerana setiap detik masa yang berlalu,kita sudah tidak
dapat kembalikannya.

No comments:

Post a Comment