Tuesday, August 31, 2010

jenis2 kebel

WAYAR ELEKTRIK

  • Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan.
  • Jenis-jenis wayar biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal, wayar teras kembar, dan wayar tiga teras.


I = Wayar kuprum beranemal , II = Wayar teras tunggal , III = Wayar teras kembar , IV = Kabel teras tiga

1. Wayar kuprum beranemal

i. untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.
ii. wayar ini disalut dengan lapisan enamel.

2. Teras tunggal

i. terdapat dua bentuk wayar teras tunggal, iaitu:

· Lembar wayar halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti di radio dan pembesar suara.

· Lembar wayar kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.

3. Teras kembar

i. terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali.

ii. digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai.

iii. Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara

iv. Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja

4. Kabel teras tiga

i. Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi

ii. Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi

Terdapat dua jenis wayar tiga teras, iaitu:

· Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh.

· Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula digunakan pada perkakas elektrik yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik, dan pembakar roti.

No comments:

Post a Comment